Sunday, June 27, 2010

Apa Tindakan YDP???

Pendedahan ketidak telusan di dalam pemilihan Pembantu MHS Sesi 10/11. Dengan kuasa Jentera Aspirasi yang menjadi pegangan YDP telah memusnahkan harapan mahasiswa yang hadir temuduga MHS Bahagian Teknikal.

PENGERUSI BAHAGIAN TEKNIKAL (Jentera Aspirasi)
AHMAD SYAUQI RUKAINI B. SAID RAMLI CI080145 017-6964431/019-3768741

KETUA UNIT PERALATAN

MUHAMMAD SYAFIQ B. MOH NASIR CE080065 013-7598003
MOHD AZFAR B. MOHD RIDZA CE080093 013-7104740

KETUA UNIT MAKANAN

ANDREAS ALBERT ANAK RANIAH CE080115 013-7045721
IZWAN HAFIS BIN. MUKHTAR CE080177 013-4034624


*Sila lihat No. Matriks ketua unit yang di lantik oleh Jentera Aspirasi. (No. Matriks yang berwarna merah)

PEMBANTU MHS YANG TERPILIH UNIT PERALATAN

MHS053 MOHD ZUKI BIN MD. SAAD CE080165
MHS050 MOHD RIZAL B. KHAIRI CE080100
MHS034 MOHAMMAD FAIZ BIN ARISS CD080227
MHS025 LEE CHUN HOW CP080083
MHS099 YEOW KAI JUN AE080267
MHS088 SUHAIMI BIN WAHHIDDAN CD080102
MHS019 KHAIRUL NIZAD BIN AHMAD ZUBAIRY CE080183
MHS004 AIZAT BIN KHAIRUL ANUAR CE080169
MHS081 SHAHRUL NEEZAM B. AZAHAR CE080161
MHS041 MOHD FAIZ BIN MOHD RADZI CE080140
MHS057 MUHAMMAD ATHIR BIN MAMAD CE080230
MHS037 MOHD AKHBAR BIN MOHD SAHAR CE080151
MHS044 MOHD FIRDAUS B. AHMAD CE080257
MHS014 FAIZAL BIN MANANI CE080056
MHS046 MOHD HASBULLAH B MOHAMED YASIN CE080059
MHS070 NORMAN BIN HAMIDON CE080126
MHS059 MUHAMMAD FARID BIN SURADI CD080055

PEMBANTU MHS YANG TERPILIH UNIT MAKANAN

MHS052 MOHD ZAID B. MOHD SIDEK CE080160
MHS003 ABDUL RASHID BIN ZULKAPLY CE080068
MHS042 MOHD FAKRUL ADAM BIN MADZALAN CE080104
MHS095 WAN MOHD SYUKRI BIN WAN ISMAIL CE080149


*Sila padankan No. Matriks (berwarna Merah) pembantu yang terpilih diatas dengan Ketua Unit.


click link ini
http://www.box.net/shared/e882sasauj utk melihat senarai pembantu MHS 10/11 yang telah dikeluarkan oleh Sekteriat MHS.


APA KESIMPULAN YANG ANDA DAPAT DALAM HAL INI???

APA PULA TINDAKAN YDP TERHADAP ORANG YANG DI PERCAYAINYA (JENTERA ASPIRASI)???

Monday, June 21, 2010

Tiada Ketelusan !!!



Hanya 5 orang MPP 09/10 yang bertugas sebagai sekeatariat MHS 10/11 dan kesemuanya adalah calon Aspirasi.

1. SUFIAH BT MOHAMAD 840715-08-5186 DD070063 013-7906593 PENGARAH
2. FAUZIAH BINTI MUSTAPA 871027-05-5196 CE090212 013-3008564 T.K LOGISTIK
3. SYAZWAN LIYANA BT SULAIMAN 880519-065272 AD080307 013-7927292 PENGISIAN
4. HAFSA BT MOHAMMAD NOOR 870201-87-5006 CD080101 013-7597865 SETIAUSAHA KERJA I
5. PUA TIONG ENG 870812-04-5167 AD070194 016-6969697 SETIAUSAHA KERJA II

Pengerusi Bahagian Teknikal (Jentera Aspirasi)

AHMAD SYAUQI RUKAINI B. SAID RAMLI 870804-04-5087 CI080145 017-6964431/019-3768741

Persoalan

Tiada seorang pun calon Pro-M yang berjaya dalam Perlantikan Pembantu MHS sesi ini? Sedangkan ada calon Pro-M yang layak menjadi pembantu MHS semasa sesi temuduga dibuat. Namun di ketepikan melalui Kuasa politik Jentera Aspirasi demi kepentingan diri. Kenapa perlu ada diskriminasi dalam hal ini? Apa salah Pro-M ? Jika seseorang itu layak dan berbakat untuk menjadi pembantu MHS kenapa perlu diketepikan atas dasar Parti? Kenapa perlu ada penilaian Parti dalam hal ini? Kenapa aspirasi wujudkan istilah Parti dalam kes ini?

Pembuktian

Mungkin ramai yang mengatakan saya menfitnah. Oleh itu mari kita bersama-sama mencari kebenarannya meskipun saya sudah mengetahui. Himpunkan semula Panel Temuduga dan himpunkan semula senarai penilaian markah. Arah panel untuk meyemak semula markah yang dinilai dengan keputusan Pembantu MHS yang berjaya. Pasti ada panel yang akan mendedahkan sesuatu yang meyokong pernyataan saya. Ini kerana pelajar (Pro-M) tersebut mendapat markah yang tinggi, namun di singkirkan untuk menjadi Pembantu MHS atas dasar dia adalah Pro-M.

Cadangan

Sebenarnya, perkara ini pernah diutarakan kepada YDP namun respon YDP mengecewakan. Maka mari kita semua menyeru kepada YDP untuk membetulkan semula perkara ini dengan melakukan perkara diatas.

Mungkin ramai yang mengatakan kenapa perlu melakukan kerja yang sudah berlalu. Ini adalah untuk mengelakkan anda menuduh saya menfitnah. Saya bukan ingin mengajar anda untuk terus tuduh menuduh mahupun menfitnah. Sebab itu lah saya mohon supaya anda mengkaji sendiri sebelum terus menfitnah saya yang saya ini menfitnah.

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali

Sunday, June 20, 2010

Tampuk Kepemimpinan YDP !!! Cakap Tak Serupa Bikin

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali

VISI

Berusaha merealisasikan budaya integriti berteraskan akauntabiliti dan ketelusan mahasiswa sebagai pemangkin kemajuan universiti dan negara.


MISI

Membentuk keperibadian mahasiswa yang berintegriti melalui hubungan dengan semua warga kampus agar mahasiswa berpeluang menyuarakan pendapat dan hak mereka melalui demokrasi kampus yang lebih sistematik dan harmonis serta permasalahan kampus dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi merealisasikan visi dan misi universiti.

Objektif

i) Menerapkan budaya integriti dalam kalangan warga UTHM
ii) Menjadi medium perantaraan mahasiswa dan Universiti
iii) Menyemarakkan suasana kekolejan di UTHM
iv) Memartabatkan nama Universiti ke peringkat nasional dan antarabangsa


Lihat Visi, Misi dan Objektif dibawah kepemimpinan YDP di Facebook Majlis Perwakilan Pelajar UTHM yang melihatkan Cakap tidak serupa bikin.

Surah As-Saf

"Sangat benci disisi Allah orang yang mengatakan sesuatu tetapi tidak melaksanakannya"

1hadiths buat renungan bersama

hadiths Ibnu Umar radiALLAHuanhu:
Baginda SallALLAHualaihiwasalam telah bersabda: ”Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yg kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yg kamu pimpin.
( sahih muslim no 3408 )

Mari kita renungkan bersama. Apa tanggungjawab anda apabila melihat pesalah di hadapan mata anda?? Diam?Bisu? Buat tidak Tahu? atau Berserah kepada-Nya??

Saturday, June 19, 2010

Fitnah atau Kenyataan !!!



Kenapa perlu ada yang mencaci, tuduh menuduh mahupun menfitnah? Blog ini hanya ingin anda semua berfikir agar tidak terus di tipu apatah lagi di tindas. Fitnah atau kenyataan? lihatlah coretan saya ini menjadi sahih daripada respon sahabat2 kita yang lain. Mungkin dia ini adalah MPP 09/10.

Tetapi, di manakah respon YDP anda? Analogi mudah, Pergolakan isu boikot gula yang sedang hangat sekarang menjadikan kerajaan lebih berwaspada setiap tindakan kerajaan. Akhirnya Niat kerajaan untuk menetapkan lesen tidak kesampaian rentetan boikot gula dilakukan oleh peniaga. Maknanya kerajaan mendengar suara Rakyat. Adakah anda setuju kalau suara anda tidak didengari? Begitu juga dalam hal ini? Suara mahasiswa diketepikan walaupun usaha boikot dilakukan. Cuba bayangkan, kalau MPP inilah menjadi kabinet Kerajaan Malaysia?

Pelbagai persoalan dan cadangan yang telah saya lontarkan di dalam coretan "Gaji lebih Penting!!!". Namun tiada satu persoalan pun yang berjaya di jawab dengan sempurna. Selaku YDP, beliau sepatutnya lebih bijak mempertahankan diri untuk mengekalkan kepercayaan mahasiswa kepada beliau.

Nantikan isu kepincangan perlantikan pembantu MHS dan Manifesto YDP??

Allah'ualam

Thursday, June 17, 2010

Gaji lebih penting !!!!

Cuba rakan mahasiswa sekalian lihat apa yang diperolehi oleh MPP. YDP hanya mementingkan kebajikan MPP tetapi kebajikan Mahasiswa tidak jelas arah tujunya. Mungkin ada yang mengatakan nilai habuan ini layak untuk di perolehi oleh MPP, namun cuba kalian semua fikirkan sejenak. Dikala kita mebayar yuran asrama mahupun sewa rumah dalam RM 3.50 sehari tetapi MPP tidak perlu membayar nilai tersebut. Maknanya MPP mendapat gaji sehari RM 3.50, tetapi perbezaan mahasiswa dgn MPP ialah mahasiswa tidak melakukan kerja2 MPP namun MPP sebaliknya. Menjadi tanda tanya, adakah MPP melakukan kerja2 MPP setiap hari setanding dengan nilai RM 3.50. Sepanjang semester 2 sesi 09/10 yang lepas, apa kebajikan atau kerja MPP yang berjaya dilakukan?. Jika difikirkan setiap hari mereka mendapat gaji maka setiap hari mereka perlu membuat kerja yang seberat RM3.50. Bila setiap hari mereka membuat kerja, maknanya banyak perkara kebajikan yang akan mereka perjuangkan dengan kekuatan 26 orang MPP ini. Namun apa yang mahasiswa dapat pada hari ini? Boleh kah kita jawab mereka makan gaji Buta? Anda jawab sendiri...

Kini kita beralih pula kepada elaun semasa cuti semester. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kerja perlu ada gaji begitu juga dgn mereka ini. Mereka terpaksa korbankan cuti untuk melaksakan kerja2 MPP. Formula yang saya rangka ini adalah untuk membuka minda mahasiswa yang tertindas. 5 orang ahli MPP akan membuat kerja2 MHS, 5 orang lagi membuat kerja2 Pesta konvo manakala yang lain tidak jelas gerak kerja mereka. Mungkin kita boleh anggap mereka membuat kerja2 kebajikan untuk mahasiswa akan datang. Oleh itu kita nantikan, ada atau tidak kebajikan mahasiswa di perjuangkan untuk kesejahteraan bersama setanding dengan nilai elaun RM 10.00 sehari. Tetapi bukan itu persoalan utama, melihat kepada sekretariat MHS yang lain selain daripada MPP. Sebenarnya, 5 orang sahaja MPP yang terlibat secara langsung untuk malaksanakan kerja2 MHS, manakala selebihnya adalah mahasiswa biasa yang datang daripada Kelab dan persatuan iaitu seramai 49 orang. Persoalan utama adalah beberapa rang sekretariat MHS yang lain sanggup datang untuk melaksakan kerja2 MPP namun apa habuan yang mereka dapat? Elaun? Makanan? semua di tanggung sediri. Cuba anda bandingkan dengan 5 orang MPP yang membuat kerja MHS, adil atau tertindas? Kalau dibandingkan dengan MPP yg lain macam mana pula. Kalau YDP mempersoalkan bahawa MPP sibuk melaksanakan kerja2 Seminar Memperkasakan Generasi Muda 2010 (SMGM) itu menunjukkan MPP layak mendapat elaun. Persoalannya, berapa ramai ahli MPP yang terlibat dan berapa ramai mahasiswa biasa yang terlibat untuk mengendalikan program itu sehingga berjaya tanpa elaun. Tatkala "mahasiswa tertindas ini" sibuk mengendalikan program SMGM, disitu MPP mengaut keuntungan dengan elaun RM 10.00 sehari. Memang hebat politik YDP UTHM ini.

Untuk pengetahuan semua, MPP kali ini bertuah dengan menginap di Penginapan Eksklusif sepanjang cuti semester ini. Penginapan ini merupakan rumah sewa bagi pelajar antarabangsa dengan kadar sewa RM15.00 sehari. Namun atas dasar MPP maka yuran ini dikecualikan untuk pembayaran. Keadaan rumah yang mewah dengan kelengkapan perabot seperti peti sejuk dan televisyen sepatutnya MPP lebih bersemangat untuk melakukan kerja. Berbanding dengan pelajar tanpa asrama yang terpaksa membayar sewa rumah meskipun tidak menduduki rumah sewa semasa cuti. Bahkan pelajar short sem juga terpaksa menanggung yuran asrama. Selaku YDP sepatutnya beliau hendaklah peka isu masalah pelajar seperti ini. Sepatutnya beliau mencari jalan alternatif kepada pelajar supaya tidak perlu menggung kos yuran asrama semasa short sem dan membantu pelajar untuk membayar sewa rumah semasa cuti. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kepentingan diri menjadi objektif utama berbanding isu kebajikan mahasiswa.

Marilah kita renungkan bersama-sama, Sikap YDP yang hanya mementingkan diri telah memusnahkan harapan segenap mahasiswa yang mengundi beliau. Kemana kebajikan Mahasiswa setakat ini yang di perjuangkan beliau?. Adakah berbaloi dengan nilai ganjaran yang mereka perolehi dengan nilai yang mahasiswa inginkan?? semester lepas dengan nilai gaji sudah pun mereka perolehi, namun kebajikan mahasiswa masih belum di perolehi. Kini elaun dan gaji untuk semester hadapan akan menyusul. Adakah mereka berjaya memberi sesuatu kebajikan kepada kita semua....????

*Sumber ini boleh di percayai, kalau anda tidak percaya anda boleh hubungi sendiri Jabatan Kerohanian MPP sendiri. Saya percaya mereka tidak akan bercakap bohong. Kalau hendak maklumat yang sahih boleh rujuk HEP atau Bendahari.

Thursday, June 10, 2010

Hilang Kepercayaan

Salam,

Kepada pengunjung yang di hormati sekalian, blog ini buka ingin mewujudkan provokasi atau fitnah tetapi ini sekadar membuka mata Mahasiswa sekalian untuk berfikir sejenak ke atas tindakan atau kepemimpinan YDP MPP UTHM 09/10 iaitu Shahzada Khan. Dahulunya, beliau berjanji dan bersumpah untuk berkhidmat untuk mahasiswa tetapi apa yang berlaku sekarang ini sebaliknya. Banyak perkara yang melibatkan suara mahasiswa di ketepikan sewenangnya dengan meletakkan alasan yang tidak boleh di terima pakai. Dimana kuasa beliau selaku YDP untuk menyuarakan hak mahasiswa. Sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk meyampaikan segala masalah mahasiswa ke peringkat atasan. Namun banyak kekhilafan yang di selebungi motif beliau terhadap gerak kerja selaku bernama Yang Di Pertua.

Ikuti blog ini untuk melihat sendiri kepemimpinan YDP yang sudah mula menjadi buah mulut Mahasiswa. Adakah jawatan YDP sangat penting bagi beliau sehinggakan suara mahasiswa sudah di ketepikan. Adakah beliau sedar, tanpa undian Mahasiswa beliau tidak akan menjadi MPP bahkan YDP. Adakah ini pemimpinan yang kita perlukan untuk memperjuangkan masalah mahasiswa?

Oleh itu, segala coretan dan maklumat yang di kongsi ini adalah untuk memohon kepada semua warga UTHM agar berfikir sejenak seterusnya memberikan respon. Bukan ingin menghasut tetapi ingin membuka minda mahasiswa sekalian agar lebih cakne akan isu di dalam kampus supaya tiada sahabat kita yang lain tertindas. Berjuang lah untuk kepentingan bersama bukan untuk kepetingan diri sendiri.