Thursday, June 10, 2010

Hilang Kepercayaan

Salam,

Kepada pengunjung yang di hormati sekalian, blog ini buka ingin mewujudkan provokasi atau fitnah tetapi ini sekadar membuka mata Mahasiswa sekalian untuk berfikir sejenak ke atas tindakan atau kepemimpinan YDP MPP UTHM 09/10 iaitu Shahzada Khan. Dahulunya, beliau berjanji dan bersumpah untuk berkhidmat untuk mahasiswa tetapi apa yang berlaku sekarang ini sebaliknya. Banyak perkara yang melibatkan suara mahasiswa di ketepikan sewenangnya dengan meletakkan alasan yang tidak boleh di terima pakai. Dimana kuasa beliau selaku YDP untuk menyuarakan hak mahasiswa. Sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk meyampaikan segala masalah mahasiswa ke peringkat atasan. Namun banyak kekhilafan yang di selebungi motif beliau terhadap gerak kerja selaku bernama Yang Di Pertua.

Ikuti blog ini untuk melihat sendiri kepemimpinan YDP yang sudah mula menjadi buah mulut Mahasiswa. Adakah jawatan YDP sangat penting bagi beliau sehinggakan suara mahasiswa sudah di ketepikan. Adakah beliau sedar, tanpa undian Mahasiswa beliau tidak akan menjadi MPP bahkan YDP. Adakah ini pemimpinan yang kita perlukan untuk memperjuangkan masalah mahasiswa?

Oleh itu, segala coretan dan maklumat yang di kongsi ini adalah untuk memohon kepada semua warga UTHM agar berfikir sejenak seterusnya memberikan respon. Bukan ingin menghasut tetapi ingin membuka minda mahasiswa sekalian agar lebih cakne akan isu di dalam kampus supaya tiada sahabat kita yang lain tertindas. Berjuang lah untuk kepentingan bersama bukan untuk kepetingan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment