Thursday, June 17, 2010

Gaji lebih penting !!!!

Cuba rakan mahasiswa sekalian lihat apa yang diperolehi oleh MPP. YDP hanya mementingkan kebajikan MPP tetapi kebajikan Mahasiswa tidak jelas arah tujunya. Mungkin ada yang mengatakan nilai habuan ini layak untuk di perolehi oleh MPP, namun cuba kalian semua fikirkan sejenak. Dikala kita mebayar yuran asrama mahupun sewa rumah dalam RM 3.50 sehari tetapi MPP tidak perlu membayar nilai tersebut. Maknanya MPP mendapat gaji sehari RM 3.50, tetapi perbezaan mahasiswa dgn MPP ialah mahasiswa tidak melakukan kerja2 MPP namun MPP sebaliknya. Menjadi tanda tanya, adakah MPP melakukan kerja2 MPP setiap hari setanding dengan nilai RM 3.50. Sepanjang semester 2 sesi 09/10 yang lepas, apa kebajikan atau kerja MPP yang berjaya dilakukan?. Jika difikirkan setiap hari mereka mendapat gaji maka setiap hari mereka perlu membuat kerja yang seberat RM3.50. Bila setiap hari mereka membuat kerja, maknanya banyak perkara kebajikan yang akan mereka perjuangkan dengan kekuatan 26 orang MPP ini. Namun apa yang mahasiswa dapat pada hari ini? Boleh kah kita jawab mereka makan gaji Buta? Anda jawab sendiri...

Kini kita beralih pula kepada elaun semasa cuti semester. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kerja perlu ada gaji begitu juga dgn mereka ini. Mereka terpaksa korbankan cuti untuk melaksakan kerja2 MPP. Formula yang saya rangka ini adalah untuk membuka minda mahasiswa yang tertindas. 5 orang ahli MPP akan membuat kerja2 MHS, 5 orang lagi membuat kerja2 Pesta konvo manakala yang lain tidak jelas gerak kerja mereka. Mungkin kita boleh anggap mereka membuat kerja2 kebajikan untuk mahasiswa akan datang. Oleh itu kita nantikan, ada atau tidak kebajikan mahasiswa di perjuangkan untuk kesejahteraan bersama setanding dengan nilai elaun RM 10.00 sehari. Tetapi bukan itu persoalan utama, melihat kepada sekretariat MHS yang lain selain daripada MPP. Sebenarnya, 5 orang sahaja MPP yang terlibat secara langsung untuk malaksanakan kerja2 MHS, manakala selebihnya adalah mahasiswa biasa yang datang daripada Kelab dan persatuan iaitu seramai 49 orang. Persoalan utama adalah beberapa rang sekretariat MHS yang lain sanggup datang untuk melaksakan kerja2 MPP namun apa habuan yang mereka dapat? Elaun? Makanan? semua di tanggung sediri. Cuba anda bandingkan dengan 5 orang MPP yang membuat kerja MHS, adil atau tertindas? Kalau dibandingkan dengan MPP yg lain macam mana pula. Kalau YDP mempersoalkan bahawa MPP sibuk melaksanakan kerja2 Seminar Memperkasakan Generasi Muda 2010 (SMGM) itu menunjukkan MPP layak mendapat elaun. Persoalannya, berapa ramai ahli MPP yang terlibat dan berapa ramai mahasiswa biasa yang terlibat untuk mengendalikan program itu sehingga berjaya tanpa elaun. Tatkala "mahasiswa tertindas ini" sibuk mengendalikan program SMGM, disitu MPP mengaut keuntungan dengan elaun RM 10.00 sehari. Memang hebat politik YDP UTHM ini.

Untuk pengetahuan semua, MPP kali ini bertuah dengan menginap di Penginapan Eksklusif sepanjang cuti semester ini. Penginapan ini merupakan rumah sewa bagi pelajar antarabangsa dengan kadar sewa RM15.00 sehari. Namun atas dasar MPP maka yuran ini dikecualikan untuk pembayaran. Keadaan rumah yang mewah dengan kelengkapan perabot seperti peti sejuk dan televisyen sepatutnya MPP lebih bersemangat untuk melakukan kerja. Berbanding dengan pelajar tanpa asrama yang terpaksa membayar sewa rumah meskipun tidak menduduki rumah sewa semasa cuti. Bahkan pelajar short sem juga terpaksa menanggung yuran asrama. Selaku YDP sepatutnya beliau hendaklah peka isu masalah pelajar seperti ini. Sepatutnya beliau mencari jalan alternatif kepada pelajar supaya tidak perlu menggung kos yuran asrama semasa short sem dan membantu pelajar untuk membayar sewa rumah semasa cuti. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kepentingan diri menjadi objektif utama berbanding isu kebajikan mahasiswa.

Marilah kita renungkan bersama-sama, Sikap YDP yang hanya mementingkan diri telah memusnahkan harapan segenap mahasiswa yang mengundi beliau. Kemana kebajikan Mahasiswa setakat ini yang di perjuangkan beliau?. Adakah berbaloi dengan nilai ganjaran yang mereka perolehi dengan nilai yang mahasiswa inginkan?? semester lepas dengan nilai gaji sudah pun mereka perolehi, namun kebajikan mahasiswa masih belum di perolehi. Kini elaun dan gaji untuk semester hadapan akan menyusul. Adakah mereka berjaya memberi sesuatu kebajikan kepada kita semua....????

*Sumber ini boleh di percayai, kalau anda tidak percaya anda boleh hubungi sendiri Jabatan Kerohanian MPP sendiri. Saya percaya mereka tidak akan bercakap bohong. Kalau hendak maklumat yang sahih boleh rujuk HEP atau Bendahari.

9 comments:

  1. TQ for information. Admin blog ni kena gentleman, show your profile, next time insaAllah bole jd YDP yg terbaik. Jgn jatuhkan/condemn org lain k. Kpd YDP tingkatkan prestasi, jadikan 1 cabaran utk ko. Kwn2 yg tidak setuju dgn blog ni sila send "Report Abuse" di bahagia atas sekali..

    ReplyDelete
  2. bijak penulis ni bt propaganda..tak matang btol..

    ReplyDelete
  3. MPP & YDP student mcm kite gak..xbole salahkan dorg 100% kalo tangguangjwb MPP terabai.

    ReplyDelete
  4. Kalau nak kebenaran, sila dengar dari penjelasan daripada dua pihak. Adakah info dari anda kebenaran? ataupun anda berharap ia sesuatu kebenaran? Hanya Tuhan yg tahu dan Tuhan yang berkuasa untuk mengadilinya, kita semua manusia biasa, semua ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Amanah dah diserahkan kepada YDP, YDP pun ada cara kepimpinan yg tersendiri, kita respect caranya dan semua pihak patut memainkan peranan masing2 dgn sebaik yg mungkin. Nak jaga kebajikan mahasiswa, mula dgn diri sendiri. Tidak puas hati, pergi jumpa PTJ bersama MPP. Itulah fungsi utama MPP, menjadi platform kepada suara mahasiswa supaya kebajikannya terjaga. Apa yg penting? Kerjasama+bersatu hati, kalau mahasiswa sibuk bergaduh dan tak puas hati, dapat ke kebajikan dijaga..?

    ReplyDelete
  5. salam kpd admin dan pengunjung setia blog ni..
    terima kasih diucapkan kpd admin kerana memberi kepercayaan kepada jabatan kami(JKPS)yg tiada kena mengena dgn blog ini..
    walaupun blog ini adalah luahan peribadi admin tp diharapkan mahasiswa lain yang merasakan kebajikan belum diperjuangkan silalah melalui saluran yang betul..bleh email kpd latifi jabatan kebajikan dan pengaduan awam atau mana2 mpp..
    untuk pengetahuan isu2 daripada roadshow TNC dan mpp telah dikumpulkan dan mpp dengan bantuan PTJ dalam proses menyesaikan isu berkenaan. mungkin mahasiswa uthm tidak nampak ape yang mpp telah usahakan, insyaAllah penjelasan dlm bentuk kpi berkaitan setiap isu perlu ditunjukkn kpd semua mahasiswa..
    untuk memuaskan hati semua orang memang sesuatu yang sukar tapi itulah cabaran untuk mpp sendiri..siapalah kami tapi anda..kami sentiasa mengharapkan kerjasama baik anda dalam meningkatkan kebajikan mahasiswa
    sekian, wassalam
    salbiah bt zahari
    tim peng. jabtn kerohanian n pembangunan sahsiah mpp

    ReplyDelete
  6. adkah kita berhak tuk mnuding jri thdap org len??
    mmg kita ptut pjuangkan hak sbg mahasiswa tp hndak mnyalahkn phak tu phak ni rsanya e2 adlh skap yg xmtang lgsg..
    klu benar2 YDP xwat keja napa xtegur dia face to face bkn dgn cara jtuhkan dia ngan cara camni..
    try to be professional k..rsanya YDP xda mslah klu admin tegur dia...

    ReplyDelete
  7. Semanis kata Seindah Rupa!!
    Jgnkn nila setitik, rosak susu sebelanga..
    Kami prihatin dgn admin yg b'susah payah mewujudkn blog yg x serupa ini bagi mengganggu gugatkn kepimpinan YDP walhal masalah ini boleh diselesaikn dgn cara yg berhikmah bukan dengan pendekatan yg bacul ini..jadilah diri anda yg sebenar, jgn hanya tahu menyembunyikan diri di sebalik bayang-bayang yg akhirnya merugikan semua pihak..sedarlah siapa diri kita..kita tak boleh menjangkaui sesuatu tanpa sokongan semua pihak..muncul la wahai si admin yg luar biasa hebat dgn bukti2 kukuh anda..setakat membuat onar di alam maya sesiapa pn boleh..sy cabar anda memmegang tampok kepimpinan MPP yg akn datang..jgn setakat omong-omong kosong shj..jika anda berada pd situasi mcm itu, apakah perasaan anda??, nabi tak mengajar kita memburuk2kan org lain dgn cara yg di anggap bacul ini..semua ini hanyalah dakyah kosong admin shj.."Cermin diri, Hiasi Peribadi dengan Iman"..kembalilah kita kpd matlamat yg satu!..wallahualam

    ReplyDelete
  8. admin blog ni kene show profile...
    kiteorg pun nak kenal...
    xkan la main nyorok2 tulis information ni..
    TQ bg information ni...
    tapi kene la etika skit...
    penulis2 blog politik yang hentam org2 atasan pun show profile diorg...
    xkan la admin yang baru berdepan dengan mahasiswa menyorokkan diri...
    sekurang2nyer berdepan la dengan masalah...
    bukan melarikan diri mcm orang munafiq...


    hayatilah:


    Karakter Munafiq Ke-3 : Fujur dalam Pertikaian



    Sabda Rasulullah SAW dalam Kitab Shahih Bukhari dan Muslim:
    “Dan apabila bertengkar (bertikai), dia lacur.” (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari pada Kitab Al Iman, Bab ‘Alamah al Munafiq, juz 1/11 (Fathul Bahri), juga diriwayatkan oleh Imam Muslim pada Kitab Al Iman, Bab Bayan Khishaal Al Munafiq, juz II, Jilid I, hlm. 46 (Syarh An Nawai). Keduanya dari Abdullah bin amr bin Al ‘ash).

    Para ulama berpendapat, barangsiapa bertikai dengan seorang muslim –saya sebutkan “seorang muslim”, sebab pertikaian dengan orang-orang kafir memiliki pembahasan tersendiri—kemudian dia berbuat lacur/fasik dalam pertengkarannya, maka Allah menyaksikan bahwa orang tersebut tergolong fajur (yang berbuat lacur) sekaligus munafik.


    wallua'lam.....

    ReplyDelete
  9. Cool and that i have a nifty offer you: How Much House Renovation home renovation on a budget

    ReplyDelete