Sunday, June 20, 2010

Tampuk Kepemimpinan YDP !!! Cakap Tak Serupa Bikin

Tulisan ini bukanlah sumber pemberita, bukan jua sumber pengkritik, tapi hanya sekadar sedikit informasi yang insyaAllah shahih dan bermanfa'at. 'Ala kulli hal, jika terdapat sebarang kesalahan informasi harap dapat maklum kepada saya. Jazakallah. Kepada Allah jua kita kembali

VISI

Berusaha merealisasikan budaya integriti berteraskan akauntabiliti dan ketelusan mahasiswa sebagai pemangkin kemajuan universiti dan negara.


MISI

Membentuk keperibadian mahasiswa yang berintegriti melalui hubungan dengan semua warga kampus agar mahasiswa berpeluang menyuarakan pendapat dan hak mereka melalui demokrasi kampus yang lebih sistematik dan harmonis serta permasalahan kampus dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi merealisasikan visi dan misi universiti.

Objektif

i) Menerapkan budaya integriti dalam kalangan warga UTHM
ii) Menjadi medium perantaraan mahasiswa dan Universiti
iii) Menyemarakkan suasana kekolejan di UTHM
iv) Memartabatkan nama Universiti ke peringkat nasional dan antarabangsa


Lihat Visi, Misi dan Objektif dibawah kepemimpinan YDP di Facebook Majlis Perwakilan Pelajar UTHM yang melihatkan Cakap tidak serupa bikin.

Surah As-Saf

"Sangat benci disisi Allah orang yang mengatakan sesuatu tetapi tidak melaksanakannya"

1hadiths buat renungan bersama

hadiths Ibnu Umar radiALLAHuanhu:
Baginda SallALLAHualaihiwasalam telah bersabda: ”Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yg kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yg kamu pimpin.
( sahih muslim no 3408 )

Mari kita renungkan bersama. Apa tanggungjawab anda apabila melihat pesalah di hadapan mata anda?? Diam?Bisu? Buat tidak Tahu? atau Berserah kepada-Nya??

2 comments:

  1. wahai admin blog ini... jgn la provoke, or menjatuh kan maruah orang lain gune pendekatan ini.. dosa ni berantai2 tau...

    kalau satu dunia bace, dosa ko berbakul satu dunia ni tau tak...

    gune la pendekatan yang berhemah sikit... ni asik kutuk, kritik, hentam orang je...tak ley ke ddk same2 dengan die, pastu bincang,...

    brainstorming, sume2 bende nak problem solving technique dah blaja.. ke tak reti nak solve problem?...

    k...

    nasihat dari orang biasa kepada orang yang luar biasa...

    aku bukan anonymous

    ReplyDelete
  2. setuju dgn pendapat budakawam.blogspot.com, "apakah hebat sgt kita untuk mengadili tindakkan seseorang "

    lagi baik cari penyelesaian dari bnyak kritik

    sekian
    jebat

    ReplyDelete